Followers

Wednesday, August 3, 2011

Manfaatkan Ruang Di bawah Tangga

Bagi mereka yang mendiami kediaman 2 tingkat, sudah semestinya pening untuk memikirkan tentang ruang tangga yang ada. Jangan dibiarkan ruang bawah tangga kediaman anda terbiar kosong lesu sahaja. Ayuh manfaatkan ruang di bawah tangga dengan mengadaptasikan idea-idea seperti di bawah;-

1) Jadikan sebagai bilik stor - Sudah semestinya ramai yang akan menggunakan idea ini. Ruang kecil di bawah tangga seeloknya dijadikan sebagai ruang storan untuk menyimpan barangan agar rumah tampak kemas.


2) Jadikan sebagai ruang untuk pameran - Apa kata ditambah display cabinet berkaca untuk menyimpan koleksi-koleksi pinggan mahupun barangan kristal yang berharga. Pasti kediaman tampak ekslusif dengan pameran koleksi peribadi anda!!


3) Jadikan sebagai ruang aktiviti anak - Tidak salah sekiranya kita menempatkan sebuah meja & storan mainan kanak-kanak untuk melatih sikecil bermain di situ. Sediakan juga hamparan permaidani yang lembut agar sikecil selesa bermain;)

4) Jadikan sebagai ruang peribadi - bagi mereka yang berani mencuba, bolehlah jadikan ruang bawah tangga sebagai tempat peribadi anda dengan menempah katil binaan siap di bawah tangga. Sesuai juga untuk memaksimumkan penggunaan ruang di kediaman anda.

5) Jadikan sebagai tandas - Satu lagi idea yang tidak pernah terfikir, apa kata gunakan ruang yang ada untuk dijadikan sebagai "bilik termenung". Pasti menjimatkan ruang juga!!


6) Jadikan sebagai pejabat - Bagi mereka yang bekerja di rumah, bolehlah jadikan ruang di bawah tangga sebagai sebuah pejabat yang lengkap dengan meja, kerusi, komputer, mesin pencetak & rak fail untuk memudahkan kerja anda.


7) Jadikan sebagai storan bertutup binaan kayu - Pasti menarik sekiranya kabinet kayu ditempah memenuhi ruang bawah tangga kediaman anda.


8) Jadikan sebagai perpustakaan - Pasti menarik bila dipenuhi dengan buku-buku. Ayuh si ulat buku, bina storan di ruang bawah tangga anda. Pasti hari-hari tersenyum riang bila melihat koleksi buku memenuhi ruang!!

Semoga idea yang diberikan dapat memberikan ilham kepada anda semua;)

No comments:

Post a Comment