Followers

Wednesday, June 12, 2013

Tips Sebelum Mengecat Kediaman


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Sebelum mengecat sebuah kediaman, pastikan anda mempertimbangkan perkara di bawah;-

1) Jenis cat yang dipilih bersesuaian dengan ruang kediaman. Contohnya, ruang tamu seharusnya dicat dengan menggunakan cat emulsi di mana sekiranya terdapat kotoran di permukaan dinding, ianya boleh disapu dengan menggunakan tuala yang basah. Cat bahagian luar rumah pula seharusnya yang jenis tahan panas & kulapuk yang akan terhasil daripada air hujan.

2) Pastikan dinding yang hendak dicat bebas dari sebarang paku atau lubang yang boleh menghalang cat dari terkena dinding.

3) Pastikan berus dan penggelek yang digunakan juga bersesuaian dengan dinding yang ingin dicat. Ada berus celahan atau berus radiator yang digunakan untuk mengecat tempat yang sukar dicapai, ada berus dengan pemegang genggam untuk kerja-kerja mengecat bahagian siling dan dinding.

4) Pastikan proses mengecat dilakukan pada hari yang cuaca kering. Sekiranya proses mengecat dilakukan pada hari hujan dikhuatiri akan menjejaskan hasil selepas cat nanti.

5) Untuk hasil yang cantik, seeloknya dilakukan sekurang-kurangnya dua atau tiga lapisan. Mulakan dengan mengecat cat lapisan asas kemudian lapisan warna yang dikehendaki lapis demi lapis. Akhirnya sudah pasti akan menampakkan bilik yang cantik & menutup segala kecacatan yang ada.

Selamat mengecat!

1 comment: