Bingung dalam menentukan warna tema / konsep kediaman anda?? Berikut adalah 5 faktor yang boleh dipertimbangkan sebelum menentukan warna kediaman anda;-
1. Pilih Warna Yang Dikehendaki
Untuk menimbulkan / memberikan mood yang selesa kepada penghuni, pemilihan warna yang tepat amatlah penting. Oleh itu, cara yang terbaik adalah bawa gambar kediaman atau beberapa sampel fabrik dari rumah ke kedai cat agar warna yang dipilih tidak lari daripada yang diidamkan.
Terdapat beberapa jenis cat yang berada di pasaran. Antaranya adalah jenis matte, glossy (berkilap) dan satin. Faktor yang membezakan di antara kesan kilatan pada sapuannya akan memberikan impak yang berlainan. Jadi, minta bantuan orang kedai dalam menentukan jenis cat yang betul-betul sesuai dengan kediaman anda!!
2. Padankan Sampel Fabrik
Bagi mereka yang telah mempunyai atau menempah langsir, bolehlah dibawa cebisan fabrik supaya boleh dipadankan dengan mana-mana pilihan cat pada katalog.
3. Minta Sampel Cat
Anda juga boleh meminta beberapa sampel cat yang dirasakan sesuai dengan tema / konsep kediaman anda.
4. Cuba Sampel Pada Dinding
Bawa pulang sampel yang diberikan ke rumah. Kalau boleh dari pelbagai jenama supaya anda boleh memilih mana yang terbaik. Tampalkan pada dinding yang bakal dicat dan jangan lupa untuk melabelkan setiap kepingan sampel dengan kod warna dari jenama apa untuk rujukan anda.
5. Pilih Yang Terbaik
Perhatikan sampel tersebut pada waktu siang, malam dan juga hari mendung. Pilih yang bersesuaian dengan perabot, aksesori dan keseluruhan dekorasi ruang kediaman anda.
Berikut adalah jenama yang popular di Malaysia;-
- Nippon Paint
- Jotun Paint
- Dulux
- SKK Paint
- KCC Paint
dan beberapa lagi jenama yang menawarkan harga yang jauh lebih murah!!
No comments:
Post a Comment