Followers

Thursday, October 14, 2010

Hias Kediaman Anda

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua,

Akhirnya, impian penulis untuk membuka satu blog khusus untuk hias rumah tercapai juga. Tujuan penulis adalah tak lain dan tak bukan adalah untuk berkongsi cerita/artikel/tips/berita yang berkisar tentang kediaman kita. Penulis pasti ramai yang teruja untuk memiliki rumah sendiri kerana kita bebas untuk menghias / menyusun atur perabut mengikut kehendak kita tanpa perlu risau akan merosakkan kediaman tersebut. Namun begitu, bagi mereka yang masih menyewa bukan menjadi satu alasan untuk tidak menghias / mencantikkan kediaman anda juga. Rumah atau kediaman yang bersih, selesa & kemas adalah tempat terbaik untuk anak-anak membesar. Oleh itu, penulis pasti ramai yang akan menghias kediaman bersesuaian dengan budget & kemampuan masing-masing.

Sempena pembukaan blog ini, penulis ingin menjemput kawan-kawan penulis mahupun pembaca agar menghantar gambar-gambar kediaman anda semua, tidak kira ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik tetamu mahupun laman agar sama-sama kita dapat berkongsi bersama. Kawan-kawan boleh menyatakn konsep mahupon tema yang digunakan dalam menata hias kediaman anda. Selain itu, kawan-kawan juga boleh menghantar apa-apa artikel mahupon berita yang bagus untuk dikongsi bersama.

Emailkan kepada penulis di zailamohamad@yahoo.com

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, penulis dengan ini merasmikan blog Hias Kediaman Anda;"Segala-galanya berkisar tentang kediaman anda"

No comments:

Post a Comment