Followers

Sunday, October 24, 2010

Impiana Edisi November 2010


Apa yang menarik dalam majalah Impiana bulan ini??
- 13++ idea memikat indah & praktikal untuk hias ruang tambahan tepi kediaman
- Jadikan ruang dapur & utiliti hebat, selesa & selamat
- Gandingan elemen klasik & moden
- Cara betul mengecat material besi, seramik, kaca & kayu

Beberapa tips berkenaan dapur yang dipetik dari majalah Impiana;-

1. UNIT PENSTORAN TARIK-KELUAR (PULL OUT) ADALAH UNIT PENSTORAN YANG BIASA KERANA MUDAH AKSES
Kabinet yang dilengkapi dengan sistem ini tidak memerlukan anda mengalih timbunan mangkuk atau gelas untuk mencari barangan di bahagian belakang kabinet. Pilih sistem yang mempunyai mekanisme penutupan lembut (soft closing) ataupun smooth gliding yang lebih memudahkan anda.

2. BAHAGIAN TEPI YANG JANGGAL TERUTAMA BAGI RUANG DAPUR BERBENTUK L JANGAN DISIA-SIAKAN
Lengkapkannya dengan unit penstoran khas pada bahagian sudut yang boleh memudahkan anda mencapai barangan yang terdapat di dalamnya. Terdapat banyak pilihan jenis rak penstoran untuk ruang sudut pada masa kini. Antaranya rak sudut tarik-keluar secara automatik apabila anda membuka pintu kabinet.

3. KUNCI KEPADA SISTEM PENSTORAN YANG EFISIEN ADALAH MENENTUKAN SETIAP RUANG UNTUK BARANGAN YANG DIKHASKAN. DI MANA, IA MEMBOLEHKAN ANDA MENCARI BARANGAN DENGAN LEBIH CEPAT DAN MUDAH
Sebagai contoh, tentukan ruang mana yang untuk menyimpan pinggan mangkuk ataupun makanan dalam tin. Kemudian pastikan ruang kabinet tersebut mempunyai kapasiti yang sebetulnya sebagai ruang penyimpanan dan juga memudahkan anda mengambil dan meletakkannya.

4. TAMBAH KAPASITI PENSTORAN DENGAN DULANG KUTLERI YANG MENJAGA PERKAKASAN PERAK ANDA AGAR SENTIASA TERSUSUN RAPI
Ukur terlebih dahulu sebelum membeli, agar ia muat disimpan dan mengelakkan daripada pembaziran penggunaan ruang. Sekiranya anda mempunyai pelbagai perkakasan kutleri, anda boleh mendapatkan dulang kutleri bertingkat yang boleh dilapiskan di atas satu sama lain.

5. GABUNGAN REKA BENTUK PENSTORAN KABINET DASAR ANDA DENGAN MEMPERUNTUKKAN RUANG UNTUK SISA BUANGAN ATAUPUN BAHAN KITAR SEMULA
Asingkan dengan bekas yang berbeza sebagai langkah alternatif bagi membezakan sisa buangan yang berlainan jenis.

Untuk tips yang selanjutnya, bolehlah mendapatkan majalah IMPIANA edisi November di kedai-kedai buku yang berdekatan sebelum ianya habis dijual!! Insya Allah, banyak lagi tips yang berguna akan dikongsi di Blog Hias Kediaman ini, jadi sila tunggu entri-entri selanjutnya;)

No comments:

Post a Comment